WELCOME MY FANTASY BLOG

FANTASY LIKE WONDERLAND

Thursday 31 May 2012

ISIKAN JIWA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN

PERCYALAH bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kehidupan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran al-Karim.Bagi orang yang begini,jiwanya mudah 'dirasuk' syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyelusup ke dalam hati dan membalikkan hati kepada mencintai kerosakan akidah.
             Tanamkan dalam jiwa bahawa sebaik-baik ubat atau penghalang kepada penykit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran.Tidak boleh mengatakan tidak,sesungguhnya pnduan yang tertulis dalam al-Quran adalah panduan yang agung.
              Al-Quran adalah wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah s.a.w yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredai Allah sehingga kiamat.Kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi intipti garis panduan hidup di unia dan balasan di akhirat,kisah para nabi dan solehin untuk diteldani,hukum-hukum,suruhan,tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim.
              Sesungguhnya bahawa al-Quran dapat mngajar manusia ke arah kebaikan dan menyimpang daripada kejahtan dan dapat menikmati lima cabang hakikat benar:

1.benar dalam perkataan

2.benar dalam niat dan kehendak

3.benar dalam keazaman

4.benar dalam menepati janji

5.benar dalam amalan

               Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita.Usah abaikannya.