WELCOME MY FANTASY BLOG

FANTASY LIKE WONDERLAND

Sunday 3 June 2012

RAHSIA SOLAT PADA AWAL WAKTU

      Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.walaupun pelbagai kaedah meditasi dicipta seperti taichi dan qi-gong,tetapi kita perlu bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.



  • WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuansi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunukasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum(keserentakan ruang dan masa)-dalam erti kata lain juga daripada tidur.Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh,tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapt tenaga yang tidak optimum lagi.



  • WAKTU ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau(isyraq&dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuansi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem perghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi,mereka yang selalu ketinggalan tau terlewat Zuhur berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.



  • WAKTU ASAR
Kemudian,warna alam akan berubah kepada warna oren,iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuansi prostat,uterus,ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lgi kalau pada waktu Asar ini,jasad dan roh seseorang ini terpisah(tidur)Dan jangan lupa,tenaga pda waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



  • WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib,alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua-tua tidak berda di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuansi jin dan iblis(infrared) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana meraka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini untuk mengerjakan solat dahulu kerana banyak interfrens(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,pada frekuansi otot,saraf dan tulang.



  • WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak,alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki frasa kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana ferkuansinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya kan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Setelah tangah malam,alam mula bersinar kembali dengan warna putih,merah jambu dan seterusnya ungu di mana ia bersamaan dengan frekuansi kelenjar pineal,pituitari,talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya kembali bangkit pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullalil.

Friday 1 June 2012

DI ATAS NAMA CINTA

Tika mata terpesona dengan senyumannya
Tanpa ku sedari ku dah terleka di buai arus pesona cinta
Rela ku pendamkan impian yang tersimpan
Tak kan ku keasyikan
Oleh pesona cinta yang hanya seketika
Yang hanya di dunia....TAK GUNA
Cinta itu memang dikurniakan kepada semua manusia
Tetapi kita yang mesti mengawal cinta itu
Adakah cinta itu di jalan betul
Kita yang mengaturkan semua itu

Di ATAS NAMA CINTA pada yang selayaknya
Gusarku untuk merampas
Rasa cinta pada yang lebih sempurna.......

MARILAH JIWA YANG TENANG

PERSOALAN jiwa amat penting dalam kehidupan.Jiwa tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,apatah lgi ditukar ganti dengan emas dan permata.Juga tidak boleh dipindahkan dengan teknologi 'bluetooth'.Jiwa ialah anugerah dan aset hebat dalam diri seseorang.

              Cuba lihat pemandangan tasik yang indah.Jiwa yang tenang dapat menikmati tasik yng membiru,unggas berterbangan,pepohon melambai,bunga-bunga berkembang dan udara yang segar.Ketenangan itu meresap dalam jiwa.Tetapi jika jiwa dalam keadaan sedih dan kecewa,semua itu kelihatan kosong dan hambar.

Sesekali pergilah ke tempat menarik
Tadabbur alam bersih dan cantik


Suasana menghijau memukau pandang
Mencipta aura memberi tenang


Rahsia alam kita terokai
Tanda syukur kepada Ilahi

        Jiwa itu apa yang ada dalam hati dan berkait rapat dengan niat.Jika niat anda berkenalan dengan seseorang untuk berkongsi ilmu,aura ilmu akan memenuhi fikiran anda.Jika niat anda salah,mhu mengikis duitnya,ingin tampak hebat ataupun ingin menjalin hubungan terlarang,maka tempias keburukan akan mengiringi hidup anda.Kuasa niat amat hebat.
                Niatlah sesuatu yng baik pada setiap hari,insya-Allah jiwa akan tenang.Allah kasih pada insan yang sentiasa dalam perancangan yang baik.Jika selalu berniat baik dalam apa jua tindakan,setiap usaha berhasil dengan jayanya.Jika niat bersulam nafsu dan kebencian,hasilnya hanyalah keletihan dan sakit hati.Maka,jiwa mulai kacau.

       APAKAH ANTARA TANDA-TANDANYA
1.suka bergaduh walupun dalam perkara kecil.
2.melihat kejayan orang lain sebagai satu ancaman kepada diri
3.sering berasa tidak bahagia dan tidak puas dengan nikmat yang imiliki
4.sukar memberi dan menerima maaf
5.asyik menyebut dan memikrkan hal-hal buruk,kotor dan negatif.

              Jika ada sindrom-sindrom ini,segeralah mencari penawar.Mohon kepada Allah agar ketenangan bersama diri sepanjang waktu.Latih juga minada untuk berfikiran positif.Kegagalan bagi orang yang berjiwa besar adalah ruang terbaik untuk melonjak lebih tinggi.

Hati umpama kain yang putih
Jangan dicorak sedih dan rintih

Hati itu perlukan isi
Bukan hanya dengan fantasi

Hati itu amat sensitif
Usah biar selalu negatif

Bacalah selalu buku motivasi
Sebagai panduan hidup berbudi

Hati itu perlu sahabat
Zikir dan Quran itulah ubat

Hati itu persoalan jiwa
Sebentar menangis sebentar ketawa

Pujukan iblis teramat kuat
Sabarkan hati tabahkan semangat

Jika sudah terlanjur laku
Segeralah kembali pada yang satu

Sunnah-sunnah terus lakukan
Terkandung hikmah tiada bandingan

Dengan amalan yang istiqamah
Insya-Allah jiwa tiada gelisah....

 

Thursday 31 May 2012

ISIKAN JIWA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN

PERCYALAH bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kehidupan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran al-Karim.Bagi orang yang begini,jiwanya mudah 'dirasuk' syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyelusup ke dalam hati dan membalikkan hati kepada mencintai kerosakan akidah.
             Tanamkan dalam jiwa bahawa sebaik-baik ubat atau penghalang kepada penykit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran.Tidak boleh mengatakan tidak,sesungguhnya pnduan yang tertulis dalam al-Quran adalah panduan yang agung.
              Al-Quran adalah wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah s.a.w yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredai Allah sehingga kiamat.Kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi intipti garis panduan hidup di unia dan balasan di akhirat,kisah para nabi dan solehin untuk diteldani,hukum-hukum,suruhan,tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim.
              Sesungguhnya bahawa al-Quran dapat mngajar manusia ke arah kebaikan dan menyimpang daripada kejahtan dan dapat menikmati lima cabang hakikat benar:

1.benar dalam perkataan

2.benar dalam niat dan kehendak

3.benar dalam keazaman

4.benar dalam menepati janji

5.benar dalam amalan

               Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita.Usah abaikannya.