WELCOME MY FANTASY BLOG

FANTASY LIKE WONDERLAND

Sunday 3 June 2012

RAHSIA SOLAT PADA AWAL WAKTU

      Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.walaupun pelbagai kaedah meditasi dicipta seperti taichi dan qi-gong,tetapi kita perlu bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.



  • WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuansi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunukasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum(keserentakan ruang dan masa)-dalam erti kata lain juga daripada tidur.Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh,tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapt tenaga yang tidak optimum lagi.



  • WAKTU ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau(isyraq&dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuansi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem perghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi,mereka yang selalu ketinggalan tau terlewat Zuhur berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.



  • WAKTU ASAR
Kemudian,warna alam akan berubah kepada warna oren,iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuansi prostat,uterus,ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lgi kalau pada waktu Asar ini,jasad dan roh seseorang ini terpisah(tidur)Dan jangan lupa,tenaga pda waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



  • WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib,alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua-tua tidak berda di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuansi jin dan iblis(infrared) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana meraka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini untuk mengerjakan solat dahulu kerana banyak interfrens(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,pada frekuansi otot,saraf dan tulang.



  • WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak,alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki frasa kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana ferkuansinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya kan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Setelah tangah malam,alam mula bersinar kembali dengan warna putih,merah jambu dan seterusnya ungu di mana ia bersamaan dengan frekuansi kelenjar pineal,pituitari,talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya kembali bangkit pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullalil.

No comments:

Post a Comment